Wednesday, 20 March 2013

Seperti tikus membetulkan labu...

Pertama kali. Pemudi-pemudi ini tidak tahu. Kerja apa dan bagaimana tidak tahu. Lalu si Ketua memberi arahan dan kerja yang dia tahu kepada pemudi-pemudi tadi. Maka, bekerjalah pemudi-pemudi tadi atas kehendak arahannya. tidak ada soalan atau pertanyaan kerana tidak tahu. Pertama kali bukan? Dipertengahan kerja, datang si pembawa kipas konon hendak menyejukkan hati si Ketua. Tetapi si Ketua sudah termakan pujuk si pembawa kipas. Lantas si pemudi-pemudi dikhianat dan disalahkan. bagaimana ini? Aku tak ingin bertanya siapa yang patut dipersalahkan. Aku ingin bertanya bagaimana ianya boleh diperbetulkan.

Monday, 18 February 2013

Assalamualaikum...

Dah berhabuk blog ni. Saya mendengar "Hot Chat" di sebuah radio hangat ni.  Topiknya setuju atau tidak suami-suami selalu menolong isteri di rumah, contohnya mcm Bruce Willis buat (pakaikan lampin anak dlm masa 7 saat).

Saya bersetuju kalau suami-suami  jarang-jarang, malas atau ala kadar menolong kerja-kerja kita di rumah. Sebab?

Satu contoh. Suami tolong lipat baju tapi isteri-isteri marah sebab tak cantik lipat (of course kalau lelaki lipat baju mesti x kemas atau x cantik). Kadang-kadang belum lipat dah membebel kenapa x tolong isteri.

Mesti tak suka kan? Saya pun tak suka. So, moral of the story.. buat apepun mesti ikhlas.