Wednesday, 7 December 2011

Mencari Calon Boleh Menang

Bulan Disember memang tinggi taburan hujannya. Tak kira di kota atau pun desa.
Desaku juga...tak terlepas dari hujan menggila..akibatnya, air dari parit-parit yang sudah lama tak dikorek dan tersumbat telah melimpah keluar sampai ke muka pintu rumah-rumah warga tua di desa ku.

Semua penduduk di desaku mengeluh..ialah.. tenaga zahirnya sudah tidak mampu meredah air busuk banjir di kebun, deria lihat juga sudah kabur tak mampu bezakan laras pelepah ataupun ular berbisa, gotong-royong kenduri yang tak pernah berhenti di musim hujan, nyamuk-nyamuk yang berpesta di setiap pelusuk rumah, tak boleh tengok astro dan macam-macam lagi. Semuanya. Dari anak kecil sampailah ke ketua kampung. Mereka mengeluh, mengeluh dan mengeluh..

Hari itu, aku bertanya kepada mereka yang mengeluh ini. Sudah buat aduan kepada Calon Yang Dah Menang tersebut. Kalau sudah, mestilah ada tindakan atau tindakan susulan yang diatur oleh Calon Yang Sudah Menang tersebut. Kan???? Mereka yang mengeluh itu tidak berkata apa-apa. Diam. Esok, aku mau cadangkan kepada mereka yang mengeluh ini untuk mencari Calon Boleh Pikul Tanggungjawab..bukan sekadar Calon Boleh Menang sahaja..

P/S: Mak! I love you!

Monday, 26 September 2011

semudah galaxy tab mu...

Salam bicara. Malam ini hujan sangat lebat. Isi-isi rumah sudah dibuai mimpi
Ada ulang dengar segmen menceceh oleh satu stesen radio.
Isunya..lelaki sekarang semakin ramai dibuli isteri. Tak musahil.

Mungkin si isteri sudah tidak tahan dengan "kehidung belangan" suami@
Tak tahan dgn kemalasan mental dan fizikal suami@
Tak tahan dgn kemiskinan hidup dan kemiskinan akal suami@
Si suami lebih jahil hukum hakam drpd isteri@
Mungkin ada hutang budi atau darah sehingga sanggup dimaki herdik@
Mungkin juga karma alam..

Aku tidak menyokong apa-apa bentuk kekerasan dan perbuatan buli.
Carilah ilmu. Luaskan pandangan. Carilah guru. Sesungguhnya Allah
itu Maha Bijaksana dan Maha Penyayang.

Saturday, 30 July 2011

karma...

Allah Maha Besar...
Manusia itu mudah lupa, mudah kufur
Ada manusia yang sudah punya betis hendak peha, ada yng 1 hendak4, ada yang besar mahu yang Kevin, yang kecil mahu yang besar, ada yang baik mahu yang jahat, semiannually kufur nikmat
Tiba ramadhan, semua ikutan Dan cakap-cakap jadikitab unggul..
Jahil segalanya.. tetapi mahu disanjung bagai pendita
Tidak adil sama sekali. Tetapi apakan daya. Itulah realiti kehidupan.

Sunday, 15 May 2011

Guruku...

selamat hari guru untuk guru-guru ku!!!!! semoga panjang umur dan murah rezeki.

Sunday, 8 May 2011

KEMBARA 2...

Tulisan ini adalah sambungan dari tulisan-tulisan ku di dalam Hikmah Kembara. Untuk mencipta kelainan ku wujudkan Kembara 2 ini (sebenarnya dah x ingat p/s sendiri). Tulisan ini adalah untuk meluahkan apa yg terpendam dlm hati, terfikir dlm minda, termimpi dlm tidur, terbaca dlm sedar, terdengar dan apa-apa yg "ter" lagi.

Tidak ingin menyakiti hati sesiapa atau niat utk memperjudiskan sesiapa. Tulisan ini hanyalah coretan dan  pandangan ikhlas ku. Apa yang baik dtg dr Yang Maha Esa dan apa yang buruk dtg dr ku yg kerdil ini.