Wednesday, 7 December 2011

Mencari Calon Boleh Menang

Bulan Disember memang tinggi taburan hujannya. Tak kira di kota atau pun desa.
Desaku juga...tak terlepas dari hujan menggila..akibatnya, air dari parit-parit yang sudah lama tak dikorek dan tersumbat telah melimpah keluar sampai ke muka pintu rumah-rumah warga tua di desa ku.

Semua penduduk di desaku mengeluh..ialah.. tenaga zahirnya sudah tidak mampu meredah air busuk banjir di kebun, deria lihat juga sudah kabur tak mampu bezakan laras pelepah ataupun ular berbisa, gotong-royong kenduri yang tak pernah berhenti di musim hujan, nyamuk-nyamuk yang berpesta di setiap pelusuk rumah, tak boleh tengok astro dan macam-macam lagi. Semuanya. Dari anak kecil sampailah ke ketua kampung. Mereka mengeluh, mengeluh dan mengeluh..

Hari itu, aku bertanya kepada mereka yang mengeluh ini. Sudah buat aduan kepada Calon Yang Dah Menang tersebut. Kalau sudah, mestilah ada tindakan atau tindakan susulan yang diatur oleh Calon Yang Sudah Menang tersebut. Kan???? Mereka yang mengeluh itu tidak berkata apa-apa. Diam. Esok, aku mau cadangkan kepada mereka yang mengeluh ini untuk mencari Calon Boleh Pikul Tanggungjawab..bukan sekadar Calon Boleh Menang sahaja..

P/S: Mak! I love you!

1 comment:

  1. Assalam. Tkasih jengok blog saya. Sila share, bagus, bagus.

    ReplyDelete